Sunday, April 17, 2011

CiNta VS HaRaPan 4

"Ehhheeemm!"Suara-suara sumbang mula kedengaran.


"Tak rasa nak lepas lagi ke anak orang tu".Zana tersenyum.Dalam masa yang sama Maira cuba merungkaikan pelukan di pinggangnya.


Tangan yang sedang melilit kemas di pinggang Maira dilepaskan. Muka sudah tak tahu mana nak sorok. Kalau boleh terjun dalam Tasik PG'S di depannya itu pasti sudah dia lakukan. Tapi dia tahu itu adalah satu perkara yang sememangnya akan membuatkan dirinya makin femes. Dia terus bergerak ke hadapan. Langkah kaki terasa sumbang.


"Woi..Udah-udah le tu nak mengcover malunya". Jerit Hazriq.


Gelak-gelak tak hengat dunia mula kedengaran daripada mereka bertiga. Maira dan Qal berlagak selamba.


Hazrik bertindak menenangkan diri mereka walaupun sisa-sisa tawa masih ada. "Shhhh... Dah la tuh kesian aku tengok si Maira tu. Muka da macam kena panggang jer." Mata memerhati gelagat Maira yang bejalan tanpa sepatah kata itu.


Disebalik rimbunan buluh di tepi task PG's terdapat sesuk tubuh yang asyik memehati kan gelagat mereka. Dalam hatinya berbakul-bakul sumpah seranah sudah diberikan kepada Maira. Dia bejalan keluar daripada tempat itu dan mendekati kumpulan itu.


"Hye Abang Qal". Kaki melangkah laju mengahampiri Qalish.


Qal sedikit terkejut. "Hye!" hanya sepatah yang keluar.


Syameen Khazan binti Dato' Kamal. Gadis yang teramat sukakan kesempurnaan. Amat mementingkan kekayaan dalam berkawan. Mereka yang miskin memang tidak layak untuk berada disampingnya. Gadis yang       muda setahun daripadanya cukup membuat Qalish pening kepala jika berada di sisinya.

"Macam tak suka je jumpa min." Min membuat nada merajuk. Qal pula hanya membiarkan. Ingin saja dia menyuruh Min pergi daripada kawasan itu. Tetapi dia masih dapat memikirkan air muka min pada masa itu.


Qal diam tidak membalas. Min merapatkan langkah mendakati Qal. Tangannya mencapai pergelangan tangan Qal. Maira hanya memandang. Dalam hati terdetik satu rasa yang aneh. Rasa itu cepat-cepat diusir pergi. Qal memandang muka Maira. Mata bertentangan. Maira terus mengalihkan mukanya kearah lain. Qal menarik tangannya daripada cengakaman tangan Min.


"Eh! Hari dah petang sangat ni. Jom kita gerak" Is cuba memecahkan keheningan suasana diantara mereka.


Maira membuat isyarat mata pada Zana supaya mereka gerak dulu. Zana mengangguk tanda mengerti dengan isyarat itu.


"Kami gerak dulu lah yer" Zana pantas menarik laju tangan Maira. Dia tidak mahu temannya terus-terusan melihat adegan diantara Qal dan sepupunya Min.


Min mencebik. Dia tersenyum keriangan di dalam hati kerana melihat Zana dan Maira yang ingin melangkah pergi. Tetapi senyumannya hanya mampu bertahan untuk sementara.


"Maira!"


Kepala terus dihala kepada si pemanggil.


Sedetik kemudian."Jumpa esok dekat kelas." dalam senafas kata-kata itu dilepaskan oleh Qal.


Maira hanya mengangguk dengan bersama dengan senyuman manisnya.


Min tidak senang hati mendengar kata-kata itu. Dia sedikit pelik melihat Qal yang biasa nya tidak akan melayan mana-mana perempuan even dirinya sendiri pun hanya mendapat layanan ala kadar sahaja.


"Abang Qal nie kenapa?"


"Kenapa apanya?" Soalan dijawab dengan soalan.


Min sudah membentak kerana terasa dirinya dipermainkan."Ye lah...Tak pernah-pernah layan perempuan macam ni...Tiba-tiba je boleh terlebih ramah dengan budak perempuan tu." Muncung dipanjangkan sedepa.


"Apa Min cakap ni abang tak faham lah.Is! Zrik! Jom gerak." Dia tidak mengambil pusing denga apa yang di katakan oleh Min.


Dalam hati Min sudah terpahat satu janji. Qalish Ilham Tan Sri Khalid. Kau hanya untuk aku. Hanya aku. Dia sudah tersenyum jahat. Dia berlari-lari anak untuk mengejar langkah Qal. Lengan Qal di paut. Qal hanya membiarkannya kerana sudah penat mahu melayan kerenah sepupunya itu..


***


p/s~ sorry sangat-sangat idea+mood tengah tak der skang...jgn lupa bg comment ek...

MyEm0.Com








No comments:

Post a Comment

machine gun post...