Monday, April 25, 2011

Luahan hati...

hargai selagi masih ada...


           kita manusia sering kali terlupa untuk menghargai sesuatu. dulu masa kita dikejar kita sering melukai hati nya tapi bila kita mengejar sebalik nya pula yang berlaku. betul lah apa yang sering orang katakan. dunia ni berputar dan apa yang kita pernah buat mesti akan balik pada kita sendiri. tak kira lah benda tu kebaikan atau keburukan.
           sekarang hati sangat-sangat cepat tersentuh tak tahu kenapa. maybe sebab kita yang mengejar dan bukan dikejar. huhu. cuma satu je yang amat di takuti sekarang. risau jka hati ni dah tak mampu nak bertahan. takut hati ni da tak mampu nak terima luka lagi. bimbang andai hati ni da tak mampu nak menyayangi lagi. sangat-sangat takut.
           Ya ALLAH kau dekat kan lah hati nya dengan hati ku, KAU dekatkan lah hati kami dengan MU, KAU redhailah kami Ya ALLAH, KAU berikan lah kami jalan agar kami dapat berada disisi MU Ya ALLAH, KAU ampun kan lah segala dosa-dosa yang telah kami lakukan Ya ALLAH...
           Awak sorry kalau saya ada buat salah dekat awak. sorry kalau dulu saya selalu sakit kan hati awak. sorry kalau dulu saya selalu buat awak rasa penat dengan saya. saya penat sangat sekarang. mungkin sebab saya yang mengejar kot. kalau dulu awak yang kejar saya kan. huhu. serius saya cakap. saya sayang awak sangat-sangat.
           saya perlukan awak yang dulu yang sentiasa dahulukan saya dalam semua benda yang dia buat. awak yang selalu perlukan saya dalam hidup awak. saya rindukan awak yang dulu. sangat-sangat rindukan awak yang dulu. awak saya takut kalau saya selalu makan hati ngan awak. saya takut nanti hati saya jadik keras. saya takut nanti hati saya dah tak boleh nak terima awak.




Sunday, April 17, 2011

CiNta VS HaRaPan 4

"Ehhheeemm!"Suara-suara sumbang mula kedengaran.


"Tak rasa nak lepas lagi ke anak orang tu".Zana tersenyum.Dalam masa yang sama Maira cuba merungkaikan pelukan di pinggangnya.


Tangan yang sedang melilit kemas di pinggang Maira dilepaskan. Muka sudah tak tahu mana nak sorok. Kalau boleh terjun dalam Tasik PG'S di depannya itu pasti sudah dia lakukan. Tapi dia tahu itu adalah satu perkara yang sememangnya akan membuatkan dirinya makin femes. Dia terus bergerak ke hadapan. Langkah kaki terasa sumbang.


"Woi..Udah-udah le tu nak mengcover malunya". Jerit Hazriq.


Gelak-gelak tak hengat dunia mula kedengaran daripada mereka bertiga. Maira dan Qal berlagak selamba.


Hazrik bertindak menenangkan diri mereka walaupun sisa-sisa tawa masih ada. "Shhhh... Dah la tuh kesian aku tengok si Maira tu. Muka da macam kena panggang jer." Mata memerhati gelagat Maira yang bejalan tanpa sepatah kata itu.


Disebalik rimbunan buluh di tepi task PG's terdapat sesuk tubuh yang asyik memehati kan gelagat mereka. Dalam hatinya berbakul-bakul sumpah seranah sudah diberikan kepada Maira. Dia bejalan keluar daripada tempat itu dan mendekati kumpulan itu.


"Hye Abang Qal". Kaki melangkah laju mengahampiri Qalish.


Qal sedikit terkejut. "Hye!" hanya sepatah yang keluar.


Syameen Khazan binti Dato' Kamal. Gadis yang teramat sukakan kesempurnaan. Amat mementingkan kekayaan dalam berkawan. Mereka yang miskin memang tidak layak untuk berada disampingnya. Gadis yang       muda setahun daripadanya cukup membuat Qalish pening kepala jika berada di sisinya.

"Macam tak suka je jumpa min." Min membuat nada merajuk. Qal pula hanya membiarkan. Ingin saja dia menyuruh Min pergi daripada kawasan itu. Tetapi dia masih dapat memikirkan air muka min pada masa itu.


Qal diam tidak membalas. Min merapatkan langkah mendakati Qal. Tangannya mencapai pergelangan tangan Qal. Maira hanya memandang. Dalam hati terdetik satu rasa yang aneh. Rasa itu cepat-cepat diusir pergi. Qal memandang muka Maira. Mata bertentangan. Maira terus mengalihkan mukanya kearah lain. Qal menarik tangannya daripada cengakaman tangan Min.


"Eh! Hari dah petang sangat ni. Jom kita gerak" Is cuba memecahkan keheningan suasana diantara mereka.


Maira membuat isyarat mata pada Zana supaya mereka gerak dulu. Zana mengangguk tanda mengerti dengan isyarat itu.


"Kami gerak dulu lah yer" Zana pantas menarik laju tangan Maira. Dia tidak mahu temannya terus-terusan melihat adegan diantara Qal dan sepupunya Min.


Min mencebik. Dia tersenyum keriangan di dalam hati kerana melihat Zana dan Maira yang ingin melangkah pergi. Tetapi senyumannya hanya mampu bertahan untuk sementara.


"Maira!"


Kepala terus dihala kepada si pemanggil.


Sedetik kemudian."Jumpa esok dekat kelas." dalam senafas kata-kata itu dilepaskan oleh Qal.


Maira hanya mengangguk dengan bersama dengan senyuman manisnya.


Min tidak senang hati mendengar kata-kata itu. Dia sedikit pelik melihat Qal yang biasa nya tidak akan melayan mana-mana perempuan even dirinya sendiri pun hanya mendapat layanan ala kadar sahaja.


"Abang Qal nie kenapa?"


"Kenapa apanya?" Soalan dijawab dengan soalan.


Min sudah membentak kerana terasa dirinya dipermainkan."Ye lah...Tak pernah-pernah layan perempuan macam ni...Tiba-tiba je boleh terlebih ramah dengan budak perempuan tu." Muncung dipanjangkan sedepa.


"Apa Min cakap ni abang tak faham lah.Is! Zrik! Jom gerak." Dia tidak mengambil pusing denga apa yang di katakan oleh Min.


Dalam hati Min sudah terpahat satu janji. Qalish Ilham Tan Sri Khalid. Kau hanya untuk aku. Hanya aku. Dia sudah tersenyum jahat. Dia berlari-lari anak untuk mengejar langkah Qal. Lengan Qal di paut. Qal hanya membiarkannya kerana sudah penat mahu melayan kerenah sepupunya itu..


***


p/s~ sorry sangat-sangat idea+mood tengah tak der skang...jgn lupa bg comment ek...

MyEm0.Com








Friday, April 1, 2011

CiNta VS HaRaPAn 3

"Ouch...Sakit lah!Kau ingat kulit aku ni kulit buaya ke?hantu betul".Marah Maira.

"Tu lah engkau..Suka sangat mengelamun.Pantang ada masa lapang sikit mesti kerja tu jugak yang kau buat.Hahaha.".Zana meneruskan gelak nya.Maira sudah menarik muncung.


Zana menghentikan ketawa nya.


Selepas beberapa saat."Sorry lah sayang"


Masih tiada respond.Sebenar nya itu hanya lah salah satu tektik Maira untuk mengelak daripada menjawab soalan Zana selepas ini.Sudah menjadi kegemaran Zana untuk bertanya tentang apa yang di menungkan nya tadi.Dan harapan nya apa yang berlaku antara dia dan Qal pada pagi tadi menjadi satu rahsia untuk sementara waktu.


"Sakit sangat ke? Tak pe nanti balik bilik aku sapu minyak gamat ok..Meh sini nak tengok lebam ke tak..Rasa-rasa nya aku cubit tadi tak de lah kuat sangat.."Sambung Zana.


"Banyak lah kau main-main rasa."Sambil menggosok lengan nya yang menjadi mangsa cubitan Zana sebentar tadi.


"Tak sengaja.Kau tu suka sangat mengelamun"


"Mana ada.Hari ni aku tak sempat mengelamun lagi ok".Bangkang Maira


"Habis tu yang kau kena panggil dengan lecturer dalam kelas pagi tadi tu kenapa?"Zana tidak melepaskan peluang nya untuk membuat serangan balas.


"Erk..."


"Dik ABC special siap".


Mata mereka terus merenung ABC didepan dengan satu renungan yang amat mengghairahkan. ABC didalam mangkuk dtenung satu persatu dengan gunungan aiskrim yang tinggi diselaputi warna-warna perisa yang pelbagai dan di tambah dengan lapisan coklat cair.Perghhh....Tak dapat dibayangkan...


"SERANG"Jerit mereka berdua serentak.tanpa menghirau kan pandangan orang lain mereka terus menyudu gunungan aiskrim dan ais didalam mangkuk didepan mereka.


Pengunjung-pengunjung yang lain hanya menggelengkan kepala dengan gelagat mereka berdua. Ada yang tersengih dan ada yang buat tidak peduli.


***


"Penat nya.."Adu Zana


"Come here"Lantai di sebelah ditepuk-tepuk oleh Maira.


"Wat mende"


"Kau ni tak banyak tanya tak boleh ke?"


"Okkk...Baiklah"


"Cuba kau baring dekat sebelah aku.Serius best"


Zana mula membaringkan tubuhnya disebelah Maira.Selepas beberapa ketika, mata masing-masing mula menunjukkan darjah kecerunan yang semakin berkurang. Dan akhirnya mereka mula hanyut di buai mimpi.


Beberapa jam kemudian Maira mengejutkan Zana untuk menunaikan tuntutan mereka yang belum langsaikan.


"Weih..Bangun lah.."


Zana membatukan diri nya.Senyum sedaya upaya ditahan.Dia mahu menguji tahap kesabaran sahabat nya yang satu itu.


Maira meninggalkan Zana dan berlalu untuk mengambil wudu' kerana masih ada dua jam sebelum waktu Asar tiba.


Selepas mengambil wudu' Maira mengambil naskhah Yassin yang dihadiah kan oleh ibu saudaranya.Segera dia duduk bersila di depan Zana.


Dalam hati zana sudah terdetik rasa tidak sedap hati. Dia bertambah pelik apabila Maira mengambil tangan kanan nya dan diletak kan di atas tangan kiri. Tubuh nya dibetulkan.


Maira kembali duduk. Surah Yassin di tangn di buka."Bismillahirrahmanirrahim..Yasiiiinnnn..."


Tiba-tiba Zana menjerit.


"Kau gila ke apa.."


"kah..kah..kah"Maira sudah tergelak tak ingat dunia.


"Aku tak mati lagi lah.Bunguks betul la kau ni"


Maira masih belum menunjukkan tanda-tanda ingin berhenti ketawa. Muka nya berubah warna ke merah. Mata nya sedikit berair kerana gelak yang sangat melampau. Perut ditekan kerana sudah tidak tahan senak.


"Tu la..Sapa suruh kau tido macam dah tak nak bangun"


"Mane ada..Tadi tu aku saja je nak uji kau punya tahap kesabaran..And sekarang teramat jelas yang kau memang bukan seorang yang penyabar". Terang Zana.


"Dah lah..Jom pergi ambik wudu' lagi sekali".


Setelah usai menyempurnakan tanggungjawab mereka pada yang esa, mereka berdua bersiap-siap untuk keluar mengambil angin petang dengan mengelilingi kampus.


Mereka berhenti sebentar di hadapan tasik PG's. Udara disedut dengan gaya perlahan. Mata dipejamkan Dan tangan didepanag kan untuk merasa angin yang bertiup ala-ala sepoi bahasa.


"Dah-dah la tu. Kau ingat kau tengah buat pengambaran filem ke hape." Dengan senyuman nipis Zana berkata.



"Lex la beb..Kau ingat senang ke nak hirup udara segar macam ni"



"Kot ye pon..Tak payah lah bagi reaksi yang melampau"



"Mai, kau nampak tak apa yang aku nampak?"



"Apa yang kau nampak and apa yang aku tak nampak". Tanya Maira dengan bendul nya.



"Kau ni kan kalau aku cakap kau bendul kau marah.Kalau aku cakap kau siput kau lagi marah."Balas Zana tanpa perasaan bersalah.Tangan nya dihalakan ke kepala Maira lalu di pusingkan ke arah yang dilihat nya sebentar tadi.


Mata Maira membulat. Mulutnya dibentuk menjadi bentuk O.


"Jom blah..Jom blah"Maira mula kalut.


tetapi tanpa sempat dia memberi reaksi Hazrik dan Is sudah menyapa. Nak tak nak dia cuma mampus memaniskan muka.


Qal tersenyum di dalam hati. Dia bersyukur kerana doa nya untuk melihat Maira termakbul.


Mereka mula bergerak bersama-sama. Hazrik, Is dan Zana sudah sedikit kehadapan. Tinggal mereka berdua dengan dikelilingi suasana yang sepi. Tanpa mereka ketahui agenda pada petang itu sudah dirancang oleh Hazrik dan Zana.



"Awak cakap lah..Saya tak selesa la senyap macam ni"."Aku bukan tak nak cakap tapi aku malu" Kata-kata itu hanya terluah didalam hati.



"Ehhemm..."Qal berdehem. Sekadar untuk memecah keheninh=gan di antara mereka.



"Kau duduk Kompleks kan"



"A'ah mana awak tahu"



"Cousin aku pun ada dekat sini sorang."


"Owh..". Mulut Maira di bulat kan. Qal terpana seketika dengan gaya muKa Maira yang sedikit manja itu.



"Awak kolej Blok yang mana satu"



"Blok yang last sekali menghadap padang raghbi"



"Sebilik berapa orang"


"sepatut nya sebilik empat orang tapi lagi seorang tak masuk lagi". Balas Qal pendek.



"Sama lah kami pun sebilik empat orang tapi lagi dua orang tak datang lagi.Tak sabar nak kenal ngan mereka. Best kan kalau dapat kenal ngan kawan baru dan bla..bla..bla.."


Qal tersenyum tanpa sedar mendengar celoteh Maira. Dia ralit memerhati dan mendengar Maira bercerita walaupun segala yang di ceritakan Maira sudah tidak didengari nya. Kerana apa yang ada di dalam kepala nya buat masa ini hanyalah keayuan wajah Maira dan mimik muka nya yang sangat menarik perhatian.


Maira pula masih bercerita tanpa dia sedari dihadapan nya jalan agak tidak rata.


"Aaaaa...." Mata nya dipejam. Dia mula membayangkan kesakitan dan malu yang dia akan dapat apabila mata nya dibuka.


"Buka la mata tu.."


suara Qal dirasakan sangat dekat dengan telinga nya. Perlahan-lahan mata dibuka. Bibirnya diketap. Muka nya mula blushing. Satu persatu muka di depan nya ditenung.


"zana tolong aku..."Kata Maira di dalam hati.



P/S~thanks kepada sesiapa yang sudi membaca cerita merepek nie...and once again dun 4get to leave ur comment...really need as to improve my story...
MyEm0.Com








Tuesday, March 8, 2011

CiNta VS HaRaPAn 2

Gedebuk.Di angkat mukanya untuk melihat gerangan empunya diri yang baru sahaja dihempap oleh tubuh nya yang comel.Matanya perlahan-lahan melihat tubuh itu.Bermula daripada kaki sehinggalah ke muka makhluk itu ditenungnya.


"ko pehal?Mata letak dekat mane?kau buta ker sampai tak nampak aku tengah berjalan? Punyelah besar badan ni pun kau tak nampak."Bertubi-tubi soalan dikeluar daripada bibir pemuda yang berbaju kemeja biru itu.


Kawan-kawan nya yang lain hanya berdiam diri.Sehinggalah semua soalan habis dilontarkan.


"Qal,dah la tu..dia tak sengaja lar"sampuk Is


Mata Qalish masih lagi merenung gadis didepan nya dengan satu pandangan yang menikam.Dia sebenarnya tidak berniat pun nak membesar kan masalah.Tetapi ada sesuatu pada gadis itu yang membuatkan dirinya bertindak lain daripada kebiasaannya.Mata nya yang bulat dan bercahaya seolah-olah menarik diri Qalish untuk lebih dekat dengan nya.Mata Qalish menebar ke seluruh wajah gadis itu.Hidungnya terlatak elok di atas seulas bibir yang begitu merah tanpa secalit pelembap bibir ataupun gincu.Sungguh memukau kan.Tanpa sedar dalam hati terdetik satu perkataan..CANTIK...


Maira dan Zana pula bediri di situ tanpa ada sepatah perkataan pun yang terkeluar.Hanya mata mereka yang memainkan peranan dengan merenung lelaki yang baru sahaja diketahui namanya sebentar tadi.Dalam hati sudah gusar.Walaupun mereka berdua jenis yang mulut becok, tetapi bergaduh dengan lelaki mahupun makhluk sejenis amat mereka elakkan.Mereka tidak mahu menimbul kan masalah kerana masing-masing sedar akan diri masing-masing.Hanyalah keluarga biasa yang tidak mempunyai kuasa dan pangkat.


"Jom gerak.."Ajak Maira.Mukanya ditunduk kerana takut melihat panahan mata Qalish.


Zara hanya mengikut langkah Maira.Dia tahu Maira tidak akan membalas sama seperti dirinya..Semenjak daripada sekolah lagi.Itu lah yang akan dilakukan Maira apabila ada yang mahu mencari masalah dengan nya.


"Erk..."hanya itu yang mampu dikeluarkan oleh Qal apabila dengan selamba dia ditinggalkan oleh Maira dan Zana.Kawan-kawan nya hanya tersenyum melihat rupa Qal yang seperti tertelan kapur barus itu.


"Tu lah engkau...kalau aku pun aku akan buat benda yang sama macam budak perempuan tu...Agak-agak lar...kot ye pon nak mengayat pakai la cara yang mengancam cikit..."tebak hazrik yang sudah dapat mengagak kenapa kelakuan kawannya itu agak berlainan daripada biasa.

Qal atau Qalish Ilham Tan Sri Khalid.Pewaris kepada Khalid Holding.Seorang lelaki yang  amat tenang.Tidak pernah memandang perempuan dengan pandangan bernafsu.Bagi nya perempuan adalah sesuatu yang amat melecehkan,merimaskan, dan suka memberi masalah.Bukan salah dirinya berkelakuan sepert itu.Ibu nya,Puan Sri Dayana meninggal sewaktu umurnya mencecah 10 tahun.Kakak nya pula tinggal di sekolah asrama.Hanya Mak Yam seorang saja yang masih tinggal untuk melayan kerenah nyatan.Tan Sri Khalid pula lebih banyak menghabiskan masa dengan Khalid Holding untuk menghilangkan rasa rindu pada arwah isterinya.

***

Suasana dalam dewan riuh rendah dengan suara-suara sumbang para-para freshie.Zana dan Maira,masing-masing hanya mendiam kan diri.Mungkin masih memikirkan pasal kejadian tadi.


"Oit.."Cuit Zara.


"Per.."balas Maira sepatah.


"Pandanglah aku.."Dipandang nya muka Maira.Masih tiada respon.


Kemudian.


"Aduh...Kau pehal???"


"Tau pun kau nak pandang muke aku...Mulut nya dimuncung kan ke kerusi sebelah"


Dipandangnya ke kerusi sebelah.Maira terkejut.Patutlah dia rasakan seperti diperhatikan oleh seseorang.Rupa-rupanya Qal duduk di sebelah sebelah bersama dengan dua lagi rakan nya Is dan Hazrik.Dalam hati sudah berdoa moga tiada apa-apa yang berlaku.


Baru sahaja Qalish ingin membuka mulut talifon didalam poket berbunyi.Dia memberi isyarat mata kepada Is dan Hazrik untuk keluar daripada dewan.


Is dan Hazrik menolak bahu sesama sendiri.Tanpa mereka sedari mata Maira dan Zana terkebil-kebil memandang mereka.


"Kenapa dengan budak dua orang tu...cam pelik jer"bisik Zana.


"Entah...Gay ker??..."


"Ish...Kau nie...Kot yer pown nak mengata pelan-pelan lar sikit"


"Kenapa??"Tanya Maira pelik.Mata dihalakan kembali pada budak berdua tu.


Muka Maira berubah merah.Kepala di garu sedikit."Opsss...Sorry...Korang dengar ke?.."


"Eh tak lar...Tak dengar pun..."kata Is


Baru nak melepas nafas lega...


"Tapi tang gay tu kami dengar..."Sampuk Hazrik pula.


Air liur ditelan sekali."Sorry lagi sekali."Maira menarik sengih tepi."Ish mulut ni memang nak kena tampal ngan sellotape.Suka malukan tuan."Omelnya dalam hati.


Zana ,Is dan Hazrik sudah beredekah-dekah ketawa.


"Korang ni kenapa..Aku mintak maaf pun pelik ke?"


"Mintak maaf tak pelik.Tapi tak payah lar sampai nak sellotape mulut segala"Jawab salah seorang daripada mereka.


"Cane korang boleh tahu pulak"


"Kami dengar la pe yang kau cakap tadi."tersembur kembali tawa nya.."Ni mesti case nak cakap dalam hati tapi tak sedar dah terbawak keluar kan.."


"Ek.."Muka yang sudah tersedia merah makin menjadi merah.


"Ok-ok..Stop!!.."Is cuba menenteramkan mereka bertiga.


"Kami sebenar nya nak mintak maaf pasal hal kau dengan Qal tadi"kata Hazrik.Kembali menyambung."Dia memang susah nak bercampur dengan perempuan.Sebab tu jadi macam tu"


Maira dan Zana mengangguk sambil mendengar cerita daripada Hazrik dan Is.


"Mak dia dah tak de..Kakak pulak sekolah asrama.So dia memang tak pandai nak bercakap ngan perempuan selain Mak yam yang memang dia da anggap cam mak dia."


Hazrik pun mengangguk sama.Dia membiarkan Is menyambung cerita pasal kawan karib mereka daripada kecil lagi.


"Tak pe..Salah aku jugak tadi"Balas Maira dengan senyuman.


Selepas beberapa ketika.Mereka mula berbual rancak.Al maklumlah baru kenal.Tidak di nafikan Hazrik dan Is memang peramah dan jenis yang ceria sama seperti mereka.


Sedang mereka rancak berbual.Mereka terdengar ada orang berdehem kuat.Maira dan Zana kembali senyap.Mata di hala kan kedepan kembali.Sepi kembali merajai suasana di antara mereka.


"Korang per hal senyap jerk tetiba?"Hazrik bertanya pelik.


"Entah..Lex ar beb..Si Qal ni bukan nya makan orang pun."Sambung Is.


Baru sahaja Qal ingin membuka mulut.Mereka semua diminta berdiri kerana tetamu VVIP dan pengarah kampus sudah tiba.Hari ini merupakan Hari Perasmian untuk Minggu Mesra Siswa.Acara berlangsung sehingga ke petang.Pada waktu malam nya pula mereka di beri sedikit taklimat.Majlis pada hari itu berakhir pada waktu malam.Bagi Maira dan Zana pula mereka amat bersyukur kerana mereka dapat melari kan diri pada waktu rehat tengah hari itu.


***


Setelah selepas seminggu segala-galanya kembali pada jadual yang sepatutnya.Hari pertama kuliah amat memenat kan dan bercelaru.


"Wahhh...Nak nangis boleh tak...?"Adu Zana.


"Kenapa..?Sabar lah...Tak semua benda senang Zana"


"Nak nangis jugak..."


"Jom.."


"Nak pegi mane?"


"Ikut je lah...Tapi ko jangan banyak tanye or cakap pape...Sepatah pun aku tak nak dengar"Warning Maira..


"Ok..."


Sampai je dekat pondok bas.Maira terus melompat masuk kedalam van yang memang digunakan oleh pelajar di situ untuk ke bandar.Zana hanya mengikut tanpa banyak soal walaupun dalam hati agak tidak rela.


"Jom turun"Ajak Maira


Dengan hati separuh rela Zana mengekori langkah nya.


"Ok...Dah sampai"...


Maira mengajak Zana duduk selepas sampai ke tempat yang dituju nya.


"Makan pe dik.."ayat biasa yang akan ditanya bila dekat kedai makan.


"ABC special 2..Nak jagung ngan Eskrim lebih"Order Maira pada abang tukang ambik order.


"Kau kenapa pulak senyap"


Zana membuat isyarat sama ada dia sudah boleh bukak mulut ataupun belum


Tersembur ketawa kuat dengan permintaan Zana..


"Sorry-sorry...Lupe tadi aku tak bagi kau cakap"


"Banyak lah kau punye sorry..Kau pernah rase tak tendangan Inuyasya?"Soal Zana.."Kalau tak pernah meh sini aku bagi kau rase..Tak payah bayar free of charge?"Acah Zana.


"Huhu...Sampai hati kau nak buat macam tu"


"Sampai tak sampai..Nasib baik kau belanje aku makan ABC kalau tak memang aku bagi kau rase.."


Maira menarik sengih tepi.


"Kau pe cer pagi tadi.."Tanya Zana


"Yang mane?"


"Ngan mamat 2 ekor tu lah..Is and Hazrik"


"Owh...Tak de ape-ape lah.."Selepas beberapa saat."Kau tau tak...."


Belum sempat dia menghabis kan ayat nya.Zana da menyampuk.


"Tak..."Dengan muka selamba badak Zana membalas


"Boleh tak kau dengar sampai habis dulu ape yang aku nak cakap"


"Hihi..Sorry ar beb...Sambung-sambung"


"Dorang satu kelas ngan kita...Aku pun da runsing ni.."


Dia terimbas kembali semasa kelas pertama mereka pagi tadi.Dah lah lambat masuk kelas siap kena perli lagi dengan lecturer.Zana memang sudah mendahului nya untuk mase ke kelas.Dia pula terpaksa membuat lawatan ke tandas kerana perut nya minta dikosongkan.


Berlainan pula dengan Qal.Dia sememang nya sampai awal ke kelas.Sempat meminta izin daripada lecturer untuk ke tandas.



"Time ni lah kau nak meragam.Pagi tadi aku bagi kau peluang keluar kau tak nak...Mati aku jap lagi..Dah lar first day pergi kelas.Lambat pulak."omel nya sambil memandang pada perut nya.


Tanpa Maira sedari dirinya diperhati..


"Opocot mak hang tertunggeng"Latah Maira..


"Bukan aku..Tapi mak engkau"Qal sedaya upaya menahan senyum.Muka nya di masam kan..


"Apelah nasib aku pagi-pagi lagi da jumpa malaun ni"Kata nya dalam hati.


"What...??Kau cakap aku ape.."


"Gile hebat dia ni aku cakap dalam hati pun dia boleh dengar"katanya lagi dalam hati


Maira pandang Qal.Qal pandang Maira.


"Macam mane awak boleh dengar..Awak boleh baca hati orang eh?"Tanya Maira sambil menggaru kepala nya yang tidak gatal


"Kau ni kan..Setiap kali jumpa aku kenapa mesti nak langgar aku?"balas Qal"dah tu siap panggil aku malaun lagi tu.."


"Awak dah lar tu..Saya tak masuk kelas lagi ni.."Sambil melihat jam dia berkata."Saya gerak dulu eh..Next time awak sambung balik."


Maira berjalan menonong ke kelas nya.Giliran Qal pula menggaru kepala nya yang tidak gatal.


Zana melambai-lambai kan tangan ke depan muka Maira.Tiada respond yang diterima.Tangan Zana mula memain kan peranan.


TO BE CONTINUED


p/s~seperti biase ye...da baca jangan lupe gimme ur comment k...selamat malam...luv u olll...
MyEm0.Com





Monday, February 28, 2011

KlePek HaNguS...

ari nie penat ya amat....tp agak besh...coz makn tgh ari der yang support....agk gempak jgak sbb dpt green card from papa low....really luv u r papa....hehehe....so sape2 yang jeles tuh....pleaaassseee lah wat2 lar rajin jawab per yang die tye..mne tau luck korg...time mood die ok n bg korg green card....huhuhuhu....my green card.....so mlm nie start2 lar mimpi pasal green card papa low....i'allah mesti korg dapat....hehehe....pada sape2 yang bace bende merepk ie jgn marah tau...coz aku tak pakse pown korg bace....korg sndrik yang gatal mata nak bace....jgn marah2....sebelum tido maafkan semua org di sekeliling anda....i'Allah esok bile anda bangun...anda akan lalui hari tu dengan penuh bermakna....dengan jiwa yang lapang tapa dendam...n hati yang suci lagi bersih....adios...selamat malam....Assalamualaikum....MmmUaaaHHh....luv u oll......

Saturday, February 26, 2011

CiNta VS HaRaPAn



hari ini langit masih mendung seperti hari-hari sebelumnya.aku termenung di tepi jendela merenung jauh ke tengah sawah peninggalan arwah ayah.hari ini genap seminggu selepas keputusan spm keluar.ternyata apa yang aku harapkan menjadi kenyataan.mak tersenyum bangga dengan keputusan aku yang agak cemerlang.tetapi aku tahu jauh di sudut hati nya, mak risau memikirkan duit untuk aku sambung belajar yang tidak mungkin akan cukup.




"maira...tengah fikir pasal duit untuk sambung belajar ke?" entah bile mak berada di sebelah aku pun aku tak sedar.




"maira jangan risau.mak ada sikit duit simpanan daripada arwah ayah kamu.nanti yang selebihnya kalau tak cukup mak gadaikan tanah sawah arwah ayah kamu tu."




aku tahu bukan senang untuk mak menuturkan ayat seperti itu.tapi demi aku mak sanggup nak gadaikan tanah peninggalan arwah ayah yang mana bagi mak itu lah satu-satu nya harta peninggalan arwah ayah yang amat bermakna selain rumah ini dan aku.




"mak jangan la risau.maira tak rasa nak sambung belajar lagi la mak.kalau maira sambung belajar sapa nak jaga mak nanti."sambil tersenyum aku memberitahu mak.aku terpaksa menidakkan rase hati yang ingin sekali menjejakkan kaki ke universiti.




"kenapa cakap macam tu.maira satu-satu nya harapan mak.maira jangan risau.mak ngah kamu ada.nanti kalau kamu tak ada dia boleh tengok-tengok kan mak dekat rumah."




selepas beberapa ketika mak menyambung kembali ayat nya."mak tak nak maira jadi macam mak.tak de pelajaran.sekurang-kurangnya kalau maira dah berjaya nanti,mak boleh tumpang senang.nanti kalu maira dah dapat sambung belajar,maira janji dengan mak tau...belajar rajin-rajin kerana itu je yang mak mampu bagi dekat maira.mak tak berharta sayang.maira janji tau..."air mata menitis laju di wajah mak.




jari-jemari ku laju menyapu air mata di muka mak.aku tak sanggup melihat titisan air mata mak lagi.cukup lah dengan keringat mak membanting tulang di sawah untuk memastikan aku dapat belajar dan berjaya sehingga mendapat keputusan yang boleh membangga kan dirinya.




***seminggu kemudian***




"ira, kau da dapat belum surat tawaran dari mana-mana U?"zara kawan baik ku semenjak daripada kecil lagi menyapa ku ketika aku sedang menyapu di halaman rumah.




"belum.kau dah dapat ke?"muka zara dipandang.




"aku dah dapat la."




"kau dapat U mane ni.gile best.aku tak dapat lagi la.aku tumpang gembira untuk kau."batang penyapu ditangan dilepaskan nya.zara dipeluk sepenuh hati.




"oittt...maira, aku dah tak boleh bernafas ni."sedaya upaya pelukan maira dirungkaikan.aku dapat dekat jengka




maira tergelak kuat."sorry-sorry...aku excited sangat dengar kau dah dapat tawaran."




"ko jangan risau la.kau nyer result kan lagi bagus daripada aku.Insyaallah, kau mesti dapat punye."zara terpacak disebelah nya dengan sengihan memanjang..




"yer lar tu. kalau aku tak dapat macam mane."mata sengaja dikecilkan. mulutnya ditahan sepenuh hati daripada mengeluarkan tawa.




"allllaaaa....kau jangan cakap macam tu. suka buat aku rase serba salah kan....aku tau kau akan dapat punyer."zara sudah jadi serba-salah.




ketika mereka sedang asyik berbual, tiba-tiba hon motosikal kedengaran.dalam hati maira dah berbunga.




"yosh, pak cik.ade surat tuk maira tak."




"ish kamu ni...ingat pak cik nie hape...maen yosh-yosh pulak. pak cik posmen da tergelak sakan dengan gelagat maira yang memang mudah mesra dengan orang."nah..ni surat kamu.cube kamu bukak.pak cik tengok macam surat daripada universiti je tu."




pak cik kaha memang sudah lama mengenali maira.sejak dia bertukar daripada pejabat pos teluk intan ke kuala perlis.




"a'ah la pak cik"zara menyampuk."matanya terarah pada hadapan sampul yang tertera lambang universiti teknologi mara.




dengan bacaan bismillah. sampul itu dibuka dengan perlahan.dalam hati nya berdoa agar sampul yang diterima nya adalah surat tawaran daripada institusi tersebut.




tiba-tiba..."makkkk....."maira melaung daripada halaman rumah.




"iya...ape ni terpekik-pekik.macam mak duduk jauh sebatu je."mak kiah sudah begitu teruja untuk mengetahui berita gembira yang akan disampaikan maira.




"cube mak teka apa yang maira nak bagitahu mak"maira mampamerkan sengehnya.




"nurul umaira"mak menyebut name penuh ku.




"yer mak.mak jangan la marah."sengaja dimanjakan sedikit intonasi suaranya."mak..maira dapat sambung belajar mak..."dengan ketwa riang berserta air mata maira memeluk mak kiah..




"mak tahu anak mak mesti dapat sambung belajar.nanti hari jumaat ni kite buat kenduri kesyukuran sikit untuk kamu ye."tersengih lebar mak kiah dengan kejayaan anaknya itu.




"bagusla tu maira.pak cik pon tumpang gembira untuk kamu sekeluarga.pak cik gerak dulu lah..banyak lagi surat yang tak berhantar ni."selepas dua saat."nanti nak buat kenduri jangan lupe ye jemput pak cik. "assalamualaikum"




"insyaallah,nanti datang lah kaha. tak payah nak bejemput-jemput.kalau kamu ada dekat kawasan-kawasan sini singgah la"mak kiah menyambung"waalaikummussalam."




alhamdulillah setelah sebulan aku bersengkang mata.akhirnya semuanya terbalas.




***




setelah usai kenduri doa selamat untuk dirinya.maira mengemas pinggan mangkuk didapur.mak tersandar keletihan di anak tangga bawah didapur cuba untuk bangun dan menyambung lebihan kerja yang masih belum selesai.




"mak nak pergi mane tu."




"mak nak sudah kan sikit lagi kerje yang ada nie...kamu pergi la rehat.daripada tadi lagi kamu tak berhenti buat kerja."mak kiah sudah menyambar penyapu di tepi kabinet dapurnya sambil menyambung"biar mak sudah kan yang selebih nya..."




"tak de dah mak...tinggal cikit jer lagi ni.."maira menjawab




"tak per lar...kamu pergi sambung kemas bag kamu."mak kiah menyambung lagi"esok dah nak bertolak kan..nanti ada barang yang tertinggal susah pulak..da pergi sana siap kan bag maira"mak kiah mengarah.




"ok boshhh..."tabik spring diberi pada mak nya..




tergelak mak kiah dengan perangai sengal anak nya yang kadang-kadang akan terkeluar.




"tapi nanti kalu mak dah penat or tak larat...mak bagi tahu maira ek...sedia membantu mam besar."masih lagi dengan kesengalan nya.maira berlalu untuk mengemas bagasi nya yang tinggal sedikit je lagi untuk dikemas.




pada keesokan hari nya.tibalah masa untuk maira dan zara bertolak.mak kiah hanya tinggal di rumah kerana maira menumpang kereta bapa zara,encik johari.setelah bersalaman dan berpeluk dengan ibu nya mereka pun bertolak.seawal 5 pagi mereka sudah bertolak. mak kiah melambai sehingga kelibat kereta encik johari hilang daripada pandangan mata nya.menitis lagi air mata dipipi mak kiah mengenang diri nya yang terpaksa berjauhan seketika dengan satu-satu anak yang dia ada.hanya doa yang mampu dititip kan buat maira.agar dirinya berjaya.




setelah lapan jam berada didalam kereta.bibirnya dan zara mula menguntumkan senyuman.hilang sebentar rase gundah dihati kerana terpaksa meninggalkan ibu terchenta dikampung.kini,kereta en.johari mula membelok untuk memasuki pintu pagar utama UiTM.terasa gah dihatinya kerana berjaya menjejakkan kaki ke situ.




kini tiba masa untuk mendaftarkan diri di dewan serba guna.zara dan maira tidak perlu berpisah kerana mereka dibawah satu fakulti yang sama.fakulti sains gunaan.setelah mendaftar ape yang patut mereka bergerak untuk mendaftar kan diri ke kolej yang ada.hari pertama berada di UiTM agak memenatkan tetapi segala-galanya hilang dengan rase teruja untuk meng'explore' seluruh kawasan dalam UiTM.masing-masing sudah memasang niat di hati dengan agenda mereka selepas ini.ops!!!tapi korang jangan risau kerana niat mereka yang satu untuk berjaya tidak penah luput dalam ingatan.




"ayah gerak dulu zara.nanti kalau ada pape kamu 'message' ayah.."sambil menunjukkan 'handset'ditangan."maira....,pak cik gerak dulu..tolong tengok-tengok kan si zara ni skali..kalau kamu rase dia nak buat benda yang tak senonoh dekat sini terus bagi tahu pak cik."




"no hal lah pak cik.nanti pape maira report je dekat pak cik terus..tak de selindung-selindung..."dengan senyum kambing nye maira menjawab.mata dihalakan pada zara untuk memberi first warningnya.




zara hanya mampu tersenyum nipis.tak mahu menjawab lebih.en.johari melangkah masuk kedalam keretanya selepas memastikan segala barang zara dan maira sudah diangkut ke dalam bilik mereka.hari pertama segala-galanya masih terasa asing pada mereka.tapi itu tak kan membataskan cita-cita mereka disini.




27/7/2007.seawal 5 pagi mereka sudah dikejutkan.hari ini merupakan hari pertama untuk minggu orientasi mereka berdua disini.dalam hati masing-masing sudah berdoa agar hari itu akan berlalu tanpa sebarang masalah.mereka sebenarnya agak kecut juga apabila teringat kembali cerita anak jiran mereka dikampung tentang apa yang mereka lalui semasa minggu orientasi mereka di universiti.




sebelum bergerak ke dewan serba guna a.k.a dsg mereka bergerak ke uwais al-qarni dahulu bagi mendengar tazkirah subuh dan menunaikan solat subuh berjemaah.(untuk mereka-mereka yang masih blur,uwais al-qarni tu sebenarnya adalah masjid yang diberi nama sempena seorang pemuda yang tidak dikenali dibumi tetapi amat terkenal di langit).sedang mereka berjalan untuk ke dewan.tiba-tiba....








Friday, February 25, 2011

frOm HeArt To HeArT

enjoy this video...
even thought theres time where we could not hardly gone through it together..
it doesn't mean that we doesn't love each other...
because its the time where we got to know each other deeper than before...
and we allready know we are not all the same...
we are not perfect and no ones perfect....
chill out everybody...
loves you all...
we are friends till de end of my breath...
good luck....

Thursday, February 24, 2011

cOreTaN

lumrah manusia untuk dsayangi n menyayangi...
once da sayang memang da tak boleh nak undur balik...

sebab bile kite da sayang dekat seseorg...

kite da bagi hati kite dkt org tu...



mase mule2 menyayangi...

semua nampak indah...

semua kite sanggup korban...

yer lar da cakap sayang...
mesti lar kite sanggup buat ape saje untuk dia....

makan skali,,pergi stad pown same....

wlaupun hakikat nya x stad pown....

tp 2 lah kite sanggup buat ape saje agar dia bhagie....




bile da lame ckit kite pown start bina angan2...

da start fikir nanti abis stad nak keje...
nak cari duet...

nak cari harte...
nak bagi mak ngan ayah senang...

pas2 nak kawin...

bile da ade harte n kerjaye...

kalau jadik pape pown ngan kite lepas kawin...

kite tak payah nak hidup merempat...



tapi skang blajar pown tak abis lagi...

angan2 hanya tggl knangan...

bile kite terpakse lepas kan die...

untuk lihat die bahagia...

mungkin segala2 nya da dtetap kan oleh y maha kuase...

kite manusia hanya merancang...

tapi DIE yang menetukan segala2 nya...



start daripada saat itu...

kite start bangkit balik...

sebab kite tahu...

kite bukan hidup sorang2...

kite still ade mak ayah utk dapat kan sokongan...

kite still ade kawan2 utk dpt kan kate2 semangat...

n last skali kite still ade hidup untuk diteruskan..

hidup yang mane bukan hanye untuk dunia...
tapi juga untuk akhirat...

i'Allah andai telah ditetap kan jdoh kite dgn die...
sejauh mane kite blari atau mencari...

dengan die juge kite akan kembali...

moral of da story...

cinta hakiki hanye untuk die yang satu..

hanye kite saje yang tahu kunci manekah yang harus kite gune...
kunci yang membawa kearah cinta NYA...

atau pown kunci yang membawa kpada cinta d dnia semata2...









Monday, February 7, 2011

crazy day

todays im feel like im not my self....dun know why...
i feel so down....like ders no tomorrow 4 me...
like giving up evrything to d something stupid....i need someone 2 hear 4 my stories...
but i don know whose going 2 lend me deir ears with full hearts...i try 2 cheer up my self....n evrythings seems like not going on da way i want...i end up my class 2day with sleeping all da time...life not really enjoying now 4 me..really hope dat my life will come back 2 me...coz i hate being someone like dis...hate being like looser...please god help me find my life back...if not im done...