Monday, April 25, 2011

Luahan hati...

hargai selagi masih ada...


           kita manusia sering kali terlupa untuk menghargai sesuatu. dulu masa kita dikejar kita sering melukai hati nya tapi bila kita mengejar sebalik nya pula yang berlaku. betul lah apa yang sering orang katakan. dunia ni berputar dan apa yang kita pernah buat mesti akan balik pada kita sendiri. tak kira lah benda tu kebaikan atau keburukan.
           sekarang hati sangat-sangat cepat tersentuh tak tahu kenapa. maybe sebab kita yang mengejar dan bukan dikejar. huhu. cuma satu je yang amat di takuti sekarang. risau jka hati ni dah tak mampu nak bertahan. takut hati ni da tak mampu nak terima luka lagi. bimbang andai hati ni da tak mampu nak menyayangi lagi. sangat-sangat takut.
           Ya ALLAH kau dekat kan lah hati nya dengan hati ku, KAU dekatkan lah hati kami dengan MU, KAU redhailah kami Ya ALLAH, KAU berikan lah kami jalan agar kami dapat berada disisi MU Ya ALLAH, KAU ampun kan lah segala dosa-dosa yang telah kami lakukan Ya ALLAH...
           Awak sorry kalau saya ada buat salah dekat awak. sorry kalau dulu saya selalu sakit kan hati awak. sorry kalau dulu saya selalu buat awak rasa penat dengan saya. saya penat sangat sekarang. mungkin sebab saya yang mengejar kot. kalau dulu awak yang kejar saya kan. huhu. serius saya cakap. saya sayang awak sangat-sangat.
           saya perlukan awak yang dulu yang sentiasa dahulukan saya dalam semua benda yang dia buat. awak yang selalu perlukan saya dalam hidup awak. saya rindukan awak yang dulu. sangat-sangat rindukan awak yang dulu. awak saya takut kalau saya selalu makan hati ngan awak. saya takut nanti hati saya jadik keras. saya takut nanti hati saya dah tak boleh nak terima awak.




Sunday, April 17, 2011

CiNta VS HaRaPan 4

"Ehhheeemm!"Suara-suara sumbang mula kedengaran.


"Tak rasa nak lepas lagi ke anak orang tu".Zana tersenyum.Dalam masa yang sama Maira cuba merungkaikan pelukan di pinggangnya.


Tangan yang sedang melilit kemas di pinggang Maira dilepaskan. Muka sudah tak tahu mana nak sorok. Kalau boleh terjun dalam Tasik PG'S di depannya itu pasti sudah dia lakukan. Tapi dia tahu itu adalah satu perkara yang sememangnya akan membuatkan dirinya makin femes. Dia terus bergerak ke hadapan. Langkah kaki terasa sumbang.


"Woi..Udah-udah le tu nak mengcover malunya". Jerit Hazriq.


Gelak-gelak tak hengat dunia mula kedengaran daripada mereka bertiga. Maira dan Qal berlagak selamba.


Hazrik bertindak menenangkan diri mereka walaupun sisa-sisa tawa masih ada. "Shhhh... Dah la tuh kesian aku tengok si Maira tu. Muka da macam kena panggang jer." Mata memerhati gelagat Maira yang bejalan tanpa sepatah kata itu.


Disebalik rimbunan buluh di tepi task PG's terdapat sesuk tubuh yang asyik memehati kan gelagat mereka. Dalam hatinya berbakul-bakul sumpah seranah sudah diberikan kepada Maira. Dia bejalan keluar daripada tempat itu dan mendekati kumpulan itu.


"Hye Abang Qal". Kaki melangkah laju mengahampiri Qalish.


Qal sedikit terkejut. "Hye!" hanya sepatah yang keluar.


Syameen Khazan binti Dato' Kamal. Gadis yang teramat sukakan kesempurnaan. Amat mementingkan kekayaan dalam berkawan. Mereka yang miskin memang tidak layak untuk berada disampingnya. Gadis yang       muda setahun daripadanya cukup membuat Qalish pening kepala jika berada di sisinya.

"Macam tak suka je jumpa min." Min membuat nada merajuk. Qal pula hanya membiarkan. Ingin saja dia menyuruh Min pergi daripada kawasan itu. Tetapi dia masih dapat memikirkan air muka min pada masa itu.


Qal diam tidak membalas. Min merapatkan langkah mendakati Qal. Tangannya mencapai pergelangan tangan Qal. Maira hanya memandang. Dalam hati terdetik satu rasa yang aneh. Rasa itu cepat-cepat diusir pergi. Qal memandang muka Maira. Mata bertentangan. Maira terus mengalihkan mukanya kearah lain. Qal menarik tangannya daripada cengakaman tangan Min.


"Eh! Hari dah petang sangat ni. Jom kita gerak" Is cuba memecahkan keheningan suasana diantara mereka.


Maira membuat isyarat mata pada Zana supaya mereka gerak dulu. Zana mengangguk tanda mengerti dengan isyarat itu.


"Kami gerak dulu lah yer" Zana pantas menarik laju tangan Maira. Dia tidak mahu temannya terus-terusan melihat adegan diantara Qal dan sepupunya Min.


Min mencebik. Dia tersenyum keriangan di dalam hati kerana melihat Zana dan Maira yang ingin melangkah pergi. Tetapi senyumannya hanya mampu bertahan untuk sementara.


"Maira!"


Kepala terus dihala kepada si pemanggil.


Sedetik kemudian."Jumpa esok dekat kelas." dalam senafas kata-kata itu dilepaskan oleh Qal.


Maira hanya mengangguk dengan bersama dengan senyuman manisnya.


Min tidak senang hati mendengar kata-kata itu. Dia sedikit pelik melihat Qal yang biasa nya tidak akan melayan mana-mana perempuan even dirinya sendiri pun hanya mendapat layanan ala kadar sahaja.


"Abang Qal nie kenapa?"


"Kenapa apanya?" Soalan dijawab dengan soalan.


Min sudah membentak kerana terasa dirinya dipermainkan."Ye lah...Tak pernah-pernah layan perempuan macam ni...Tiba-tiba je boleh terlebih ramah dengan budak perempuan tu." Muncung dipanjangkan sedepa.


"Apa Min cakap ni abang tak faham lah.Is! Zrik! Jom gerak." Dia tidak mengambil pusing denga apa yang di katakan oleh Min.


Dalam hati Min sudah terpahat satu janji. Qalish Ilham Tan Sri Khalid. Kau hanya untuk aku. Hanya aku. Dia sudah tersenyum jahat. Dia berlari-lari anak untuk mengejar langkah Qal. Lengan Qal di paut. Qal hanya membiarkannya kerana sudah penat mahu melayan kerenah sepupunya itu..


***


p/s~ sorry sangat-sangat idea+mood tengah tak der skang...jgn lupa bg comment ek...

MyEm0.Com








Friday, April 1, 2011

CiNta VS HaRaPAn 3

"Ouch...Sakit lah!Kau ingat kulit aku ni kulit buaya ke?hantu betul".Marah Maira.

"Tu lah engkau..Suka sangat mengelamun.Pantang ada masa lapang sikit mesti kerja tu jugak yang kau buat.Hahaha.".Zana meneruskan gelak nya.Maira sudah menarik muncung.


Zana menghentikan ketawa nya.


Selepas beberapa saat."Sorry lah sayang"


Masih tiada respond.Sebenar nya itu hanya lah salah satu tektik Maira untuk mengelak daripada menjawab soalan Zana selepas ini.Sudah menjadi kegemaran Zana untuk bertanya tentang apa yang di menungkan nya tadi.Dan harapan nya apa yang berlaku antara dia dan Qal pada pagi tadi menjadi satu rahsia untuk sementara waktu.


"Sakit sangat ke? Tak pe nanti balik bilik aku sapu minyak gamat ok..Meh sini nak tengok lebam ke tak..Rasa-rasa nya aku cubit tadi tak de lah kuat sangat.."Sambung Zana.


"Banyak lah kau main-main rasa."Sambil menggosok lengan nya yang menjadi mangsa cubitan Zana sebentar tadi.


"Tak sengaja.Kau tu suka sangat mengelamun"


"Mana ada.Hari ni aku tak sempat mengelamun lagi ok".Bangkang Maira


"Habis tu yang kau kena panggil dengan lecturer dalam kelas pagi tadi tu kenapa?"Zana tidak melepaskan peluang nya untuk membuat serangan balas.


"Erk..."


"Dik ABC special siap".


Mata mereka terus merenung ABC didepan dengan satu renungan yang amat mengghairahkan. ABC didalam mangkuk dtenung satu persatu dengan gunungan aiskrim yang tinggi diselaputi warna-warna perisa yang pelbagai dan di tambah dengan lapisan coklat cair.Perghhh....Tak dapat dibayangkan...


"SERANG"Jerit mereka berdua serentak.tanpa menghirau kan pandangan orang lain mereka terus menyudu gunungan aiskrim dan ais didalam mangkuk didepan mereka.


Pengunjung-pengunjung yang lain hanya menggelengkan kepala dengan gelagat mereka berdua. Ada yang tersengih dan ada yang buat tidak peduli.


***


"Penat nya.."Adu Zana


"Come here"Lantai di sebelah ditepuk-tepuk oleh Maira.


"Wat mende"


"Kau ni tak banyak tanya tak boleh ke?"


"Okkk...Baiklah"


"Cuba kau baring dekat sebelah aku.Serius best"


Zana mula membaringkan tubuhnya disebelah Maira.Selepas beberapa ketika, mata masing-masing mula menunjukkan darjah kecerunan yang semakin berkurang. Dan akhirnya mereka mula hanyut di buai mimpi.


Beberapa jam kemudian Maira mengejutkan Zana untuk menunaikan tuntutan mereka yang belum langsaikan.


"Weih..Bangun lah.."


Zana membatukan diri nya.Senyum sedaya upaya ditahan.Dia mahu menguji tahap kesabaran sahabat nya yang satu itu.


Maira meninggalkan Zana dan berlalu untuk mengambil wudu' kerana masih ada dua jam sebelum waktu Asar tiba.


Selepas mengambil wudu' Maira mengambil naskhah Yassin yang dihadiah kan oleh ibu saudaranya.Segera dia duduk bersila di depan Zana.


Dalam hati zana sudah terdetik rasa tidak sedap hati. Dia bertambah pelik apabila Maira mengambil tangan kanan nya dan diletak kan di atas tangan kiri. Tubuh nya dibetulkan.


Maira kembali duduk. Surah Yassin di tangn di buka."Bismillahirrahmanirrahim..Yasiiiinnnn..."


Tiba-tiba Zana menjerit.


"Kau gila ke apa.."


"kah..kah..kah"Maira sudah tergelak tak ingat dunia.


"Aku tak mati lagi lah.Bunguks betul la kau ni"


Maira masih belum menunjukkan tanda-tanda ingin berhenti ketawa. Muka nya berubah warna ke merah. Mata nya sedikit berair kerana gelak yang sangat melampau. Perut ditekan kerana sudah tidak tahan senak.


"Tu la..Sapa suruh kau tido macam dah tak nak bangun"


"Mane ada..Tadi tu aku saja je nak uji kau punya tahap kesabaran..And sekarang teramat jelas yang kau memang bukan seorang yang penyabar". Terang Zana.


"Dah lah..Jom pergi ambik wudu' lagi sekali".


Setelah usai menyempurnakan tanggungjawab mereka pada yang esa, mereka berdua bersiap-siap untuk keluar mengambil angin petang dengan mengelilingi kampus.


Mereka berhenti sebentar di hadapan tasik PG's. Udara disedut dengan gaya perlahan. Mata dipejamkan Dan tangan didepanag kan untuk merasa angin yang bertiup ala-ala sepoi bahasa.


"Dah-dah la tu. Kau ingat kau tengah buat pengambaran filem ke hape." Dengan senyuman nipis Zana berkata.



"Lex la beb..Kau ingat senang ke nak hirup udara segar macam ni"



"Kot ye pon..Tak payah lah bagi reaksi yang melampau"



"Mai, kau nampak tak apa yang aku nampak?"



"Apa yang kau nampak and apa yang aku tak nampak". Tanya Maira dengan bendul nya.



"Kau ni kan kalau aku cakap kau bendul kau marah.Kalau aku cakap kau siput kau lagi marah."Balas Zana tanpa perasaan bersalah.Tangan nya dihalakan ke kepala Maira lalu di pusingkan ke arah yang dilihat nya sebentar tadi.


Mata Maira membulat. Mulutnya dibentuk menjadi bentuk O.


"Jom blah..Jom blah"Maira mula kalut.


tetapi tanpa sempat dia memberi reaksi Hazrik dan Is sudah menyapa. Nak tak nak dia cuma mampus memaniskan muka.


Qal tersenyum di dalam hati. Dia bersyukur kerana doa nya untuk melihat Maira termakbul.


Mereka mula bergerak bersama-sama. Hazrik, Is dan Zana sudah sedikit kehadapan. Tinggal mereka berdua dengan dikelilingi suasana yang sepi. Tanpa mereka ketahui agenda pada petang itu sudah dirancang oleh Hazrik dan Zana.



"Awak cakap lah..Saya tak selesa la senyap macam ni"."Aku bukan tak nak cakap tapi aku malu" Kata-kata itu hanya terluah didalam hati.



"Ehhemm..."Qal berdehem. Sekadar untuk memecah keheninh=gan di antara mereka.



"Kau duduk Kompleks kan"



"A'ah mana awak tahu"



"Cousin aku pun ada dekat sini sorang."


"Owh..". Mulut Maira di bulat kan. Qal terpana seketika dengan gaya muKa Maira yang sedikit manja itu.



"Awak kolej Blok yang mana satu"



"Blok yang last sekali menghadap padang raghbi"



"Sebilik berapa orang"


"sepatut nya sebilik empat orang tapi lagi seorang tak masuk lagi". Balas Qal pendek.



"Sama lah kami pun sebilik empat orang tapi lagi dua orang tak datang lagi.Tak sabar nak kenal ngan mereka. Best kan kalau dapat kenal ngan kawan baru dan bla..bla..bla.."


Qal tersenyum tanpa sedar mendengar celoteh Maira. Dia ralit memerhati dan mendengar Maira bercerita walaupun segala yang di ceritakan Maira sudah tidak didengari nya. Kerana apa yang ada di dalam kepala nya buat masa ini hanyalah keayuan wajah Maira dan mimik muka nya yang sangat menarik perhatian.


Maira pula masih bercerita tanpa dia sedari dihadapan nya jalan agak tidak rata.


"Aaaaa...." Mata nya dipejam. Dia mula membayangkan kesakitan dan malu yang dia akan dapat apabila mata nya dibuka.


"Buka la mata tu.."


suara Qal dirasakan sangat dekat dengan telinga nya. Perlahan-lahan mata dibuka. Bibirnya diketap. Muka nya mula blushing. Satu persatu muka di depan nya ditenung.


"zana tolong aku..."Kata Maira di dalam hati.



P/S~thanks kepada sesiapa yang sudi membaca cerita merepek nie...and once again dun 4get to leave ur comment...really need as to improve my story...
MyEm0.Com